TERMA & SYARAT RAKAN PERNIAGAAN EDXABIZ, EDXAPAY SDN. BHD.


Sila baca dan pastikan anda faham semua terma & syarat berikut :


1. PENDAFTARAN & KEAHLIAN
RAKAN PERNIAGAAN EDXABIZ hendaklah berdaftar dengan Syarikat dengan mempersetujui secara dalam talian (“online registration”) mengikut terma dan syarat yang dinyatakan. Rakan Perniagaan edxaBiz juga wajib membayar yuran pendaftaran terdahulu kepada HQ berdasarkan notis pemberitahuan dan/atau ketetapan minima yang terkini seperti dimaklumkan oleh pihak Syarikat dari masa ke semasa melalui aplikasi Portal edxaBiz.com atau komunikasi perhubungan Whatsapp dan/atau Telegram. Yuran pendaftaran ini adalah bagi menyatakan komitmen pihak rakan perniagaan edxaBiz di dalam Perjanjian ini. Berkenaan fasal keahlian bagi setiap Rakan Perniagaan edxaBiz adalah dikehendaki dan mematuhi Perkara seperti berikut:-

(i) Pihak Syarikat berhak menamatkan keahlian atas salah satu sebab - sebab di bawah tanpa memberi sebarang ganti rugi
  • - memberikan maklumat palsu.
  • - didapati telah melakukan perbuatan yang merosakkan nama baik, hak atau faedah Rakan Perniagaan edxaPay lain atau menjejaskan perpaduan dan keharmonian umum.
  • - didapati telah melanggar mana-mana peraturan yang disenaraikan dalam terma dan syarat Perjanjian ini.


(ii) Apabila keahlian seseorang telah ditamatkan oleh pihak Syarikat, Rakan Perniagaan edxaBiz itu tidak berhak menikmati segala manfaat di bawah pelan pemasaran pihak syarikat dan tidak akan menerima sebarang pendapatan dan/atau keuntungan.

(iii) Mana-mana Rakan Perniagaan edxaBiz yang ingin membuat pertukaran kumpulan boleh berbuat demikian dengan pihak Syarikat secara percuma sekiranya berlaku perkara seperti berikut:-
  • - Ketua kumpulan tidak memberikan latihan dan mengabaikan ahli-ahli di bawahnya secara berterusan selama 3 bulan;
  • - Hasil siasatan dari pihak Syarikat membuktikan ketua kumpulan telah melanggar syarat-syarat keahlian pihak Syarikat.


(iv) Mana-mana ketua kumpulan yang mempunyai masalah seperti berikut akan diambil alih oleh pihak Syarikat:
  • - Meninggal dunia;
  • - Sakit kronik / sakit misteri yang menyebabkan tidak dapat menguruskan diri sendiri dan atau ahli kumpulan (sekiranya ada); atau
  • - Sakit mental / tidak waras.


(v) Rakan Perniagaan edxaBiz tidak dibenarkan untuk menukar kumpulan disebabkan oleh ingin memilih kawasan yang berhampiran dengan tempat perniagaan MELAINKAN dengan alasan yang munasabah.

(vi) Proses pertukaran dan pembayaran akan diuruskan oleh pihak Syarikat.

2. SYARAT DAN KELAYAKAN
Rakan Perniagaan edxaBiz dengan batasan tertentu yang dinyatakan di sini, Syarikat dengan ini memberi kuasa kepada Rakan Perniagaan edxaBiz hak menjual dan/atau mempromosikan dan/atau mengedarkan dan/atau akan memasarkan Produk yang membawa jenama EDXAPAY SDN. BHD mengikut terma- terma dan syarat yang dinyatakan di dalam Penjanjian ini iaitu:

(i) Perlantikan ini tidak boleh dipindah milik dan tidak eksklusif. Pihak Syarikat berhak untuk melantik lebih dari seorang Rakan Perniagaan edxaBiz pada bila-bila masa dari masa ke semasa ke semasa, tanpa merujuk kepada Rakan Perniagaan edxaBiz.

(ii) Syarikat berhak sepenuhnya mengubah syarat-syarat pelantikan Rakan Perniagaan edxaBiz dari semasa ke semasa dengan memberikan notis selama satu (1) minggu sebelum pelaksanaan syarat- syarat baru kepada Rakan Perniagaan edxaBiz.

(iii) Setiap Rakan Perniagaan edxaBiz berpeluang untuk mencapai peningkatan dalam kerjaya bersama Syarikat apabila mencapai sasaran yang ditetapkan dari masa ke semasa dan kelayakan untuk keuntungan samada dalam bentuk insentif atau ganjaran lain atau dinaik taraf; adalah tertakluk kepada pencapaian sasaran yang ditetapkan oleh Syarikat dari masa ke semasa.

(iv) Rakan Perniagaan edxaBiz hendaklah berdikari dan berusaha sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada Syarikat bagi melakukan pemasaran samada secara luar talian (“offline”) dan/atau dalam talian (“online”).

(v) Rakan Perniagaan edxaBiz yang diluluskan oleh Syarikat hendaklah mendaftar secara sah melalui system online Syarikat, dan ID Rakan Perniagaan edxaBiz yang sah akan digunakan dalam semua urusan jual beli dengan Syarikat dan pelanggan.

(vi) Tidak melanggar apa-apa syarat dan kelayakan lain yang disebut dalam Perjanjian ini.

3. TANGGUNGJAWAB RAKAN PERNIAGAAN EDXABIZ
Rakan Perniagaan edxaBiz di dalam memasarkan dan menawarkan Produk untuk dijual kepada pelanggan dan pasukan jualan yang dibina. Rakan Perniagaan edxaBiz hendaklah mengakujanji akan melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:

(i) Semua pemasaran, promosi, pengedaran dan penjualan produk kepada pengguna selaras dengan struktur harga, garis panduan dan arahan yang telah disediakan oleh pihak Syarikat dari masa ke semasa.

(ii) Rakan Perniagaan edxaBiz dilarang untuk memberi diskaun harga produk tanpa persetujuan Syarikat.

(iii) Posisi Rakan Perniagaan edxaBiz ini adalah bergantung kepada individu itu sendiri samada untuk sepenuh masa dan/atau separuh masa.

(iv) Segera memberi respons kepada semua komunikasi oleh pelanggan dan Syarikat mengenai Produk.

(v) Rakan Perniagaan edxaBiz akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam memasarkan, mempromosikan, mengedar dan menjual produk.

(vi) Rakan Perniagaan edxaBiz dibenarkan untuk membuat promosi bagi melariskan produk tanpa mengubah harga jualan produk.

(vii) Rakan Perniagaan edxaBiz dilarang memanipulasikan jenama produk syarikat dengan tujuan mempromosikan produk lain/ jenama produk lain tanpa membawa produk syarikat.

(viii) Rakan Perniagaan edxaBiz digalakkan untuk mempromosikan iklan di platform media sosial (Instagram, Facebook, Tiktok, Youtube, Twitter, Whatsapp, Telegram dan sebagainya) sendiri, Facebook Group Business, Facebook Page Syarikat dan sebagainya dengan menggunakan bahan promosi yang telah disediakan dan diluluskan oleh pihak Syarikat.

(ix) Rakan Perniagaan edxaBiz dilarang untuk memburukkan dan/atau menjatuhkan nama Syarikat di mana-mana platform media sosial dan/atau mana-mana platform lain.

(x) Rakan Perniagaan edxaBiz dibenarkan memberi pelbagai hadiah percuma atau sampingan kepada pelanggan bergantung kepada kerelaan dan kesanggupan tetapi tidak boleh secara terbuka sehingga menjejaskan Rakan Perniagaan edxaBiz lain.

(xi) Rakan Perniagaan edxaBiz hendaklah mengikuti “Online Training” dan “Offline Training” yang dijalankan oleh pihak Syarikat dan kumpulan sendiri. Ketua kumpulan wajib memberi latihan secara online dan offline kepada semua rangkaian Rakan Perniagaan edxaBiz di bawahnya.

(xii) Kos latihan, perjalanan, penginapan, makanan serta lain- lain kos perbelanjaan Rakan Perniagaan edxaBiz semasa mengikuti latihan atau menjalankan aktiviti promosi, pemasaran dan penjualan produk perlu ditanggung sendiri.

(xiii) Rakan Perniagaan edxaBiz perlu memastikan nama baik Syarikat dijaga dengan baik serta menjaga tata kerja dan etika yang ditetapkan oleh Syarikat dan mengelak dari menimbulkan kekeliruan, rasuah, keingkaran atau kenyataan palsu terhadap pembeli.

(xiv) Rakan Perniagaan edxaBiz diwajibkan mematuhi dengan tegas tentang cap dagang produk dan tidak boleh dalam apa-apa cara mengeluarkan semula, menukar, mengubah, meminda atau meniru mana- mana produk, logo, tanda warna, bentuk, reka bentuk logo jenama dan nama jenama yang diletakkan pada produk dan/atau kotak produk Syarikat. Hanya pengedar atau pembekal dilantik sahaja dibenarkan untuk mencetak dan mengeluarkan bahan-bahan untuk tujuan pemasaran.

(xv) Memaklumkan dengan segera kepada Syarikat perkara- perkara berikut:
  • - Terdapat produk yang ditiru oleh pihak ketiga yang tiada kaitan dengan Syarikat;
  • - Penyalahgunaan cap dagangan atau harta intelek yang lain milik Syarikat samada berkaitan dengan produk atau perihal Syarikat oleh mana-mana pihak;
  • - Aduan pengguna terhadap produk Syarikat.


4. TANGGUNGJAWAB SYARIKAT
Di dalam memberikan haknya kepada Rakan Perniagaan edxaBiz untuk menjalankan kegiatan pemasaran, promosi, pengedaran dan penjualan produk kepada pengguna, Syarikat juga akan melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:

(i) Membantu Rakan Perniagaan edxaBiz dari segi promosi produk melalui media cetak atau elektronik.

(ii) Memberi latihan penjualan dan pemasaran produk kepada Rakan Perniagaan edxaBiz dari semasa ke semasa.

(iii) Syarikat mempunyai hak dan kuasa untuk membuat sebarang keputusan berkenaan produk dan/atau harga produk tanpa memerlukan persetujuan Rakan Perniagaan edxaBiz.

(iv) Syarikat mempunyai kuasa mutlak untuk membuang mana-mana Rakan Perniagaan edxaBiz yang melanggar sebarang syarat di dalam Perjanjian ini dan/atau apa-apa tindakan Rakan Perniagaan edxaBiz yang menjejaskan reputasi dan jualan produk.

(v) Syarikat mempunyai hak untuk membuat pemasaran produk di laman web dan/atau Facebook Page HQ dan/atau mana-mana medium pemasaran yang Syarikat rasakan sesuai untuk memastikan produk dipasarkan secara meluas.

5. HIERARKI RANGKAIAN PERNIAGAAN SYARIKAT
Syarikat telah merangka laluan kerja bagi setiap Rakan Perniagaan edxaBiz sehingga menjadi sebagai rakan niaga eksekutif seperti yang tertakluk di dalam perancangan syarikat supaya ia menjadi suatu perniagaan yang berterusan dalam tempoh jangka masa panjang dimana semua Rakan Perniagaan edxaBiz dapat mengembangkan potensi, mencapai faedah dan ganjaran yang telah ditetapkan.

Semua Rakan Perniagaan edxaBiz berpeluang untuk naiktaraf jenis rangkaian perniagaan syarikat mengikut syarat yang ditetapkan oleh syarikat seperti yang dimaklumkan kepada Rakan Perniagaan edxaBiz semasa ke semasa. Di bawah pelan perniagaan ini, Syarikat telah menyediakan manfaat-manfaat untuk dinikmati oleh Rakan Perniagaan edxaBiz seperti telah sediakan oleh pihak syarikat.

6. CARA PEMBAYARAN
Tatacara dan transaksi urusniaga bagi urusan pembayaran dan jual beli produk Syarikat adalah ditetapkan secara berikut:

  1. Deposit tunai ke dalam akaun Syarikat; atau
  2. Perbankan online; atau.
  3. Pembayaran secara tunai dibenarkan selagi mana tidak menimbulkan apa-apa unsur penipuan dan penyelewangan
  4. Syarikat akan mengeluarkan resit pembelian serta invois jualan pada setiap pembelian.


7. KLAUSA PENAMATAN
Sekiranya berlaku keingkaran atau pelanggaran terma, syarat dan kewajipan yang disebut di dalam mana-mana klausa di dalam Perjanjian ini oleh pihak Rakan Perniagaan edxaBiz, Syarikat mempunyai kuasa mutlak samada:

(i) Memberi notis dan/atau amaran secara bertulis kepada Rakan Perniagaan edxaBiz dan notis dan/atau amaran tersebut boleh diberikan sebanyak dua (2) kali; atau

(ii) Memberi notis untuk menamatkan keahlian Rakan Perniagaan edxaBiz tersebut jika kesalahan yang dilakukan adalah serius dan/atau menjejaskan reputasi dan penjualan Syarikat; atau

(iii) Mengambil tindakan undang-undang terhadap Rakan Perniagaan edxaBiz (mengikut budi bicara Syarikat). Penamatan keahlian akan di buat secara bertulis dan berkuat kuasa serta merta.

Adalah dinyatakan di sini juga bahawa :

(i) Rakan Perniagaan edxaBiz yang ditamatkan keahliannya tidak dibenarkan memburukkan dan/atau memfitnah Syarikat dan/atau produk Syarikat.

(ii) Data maklumat semua ahli kumpulan adalah wajib diberikan kepada Syarikat serta merta.

(iii) Semua ahli di bawah Rakan Perniagaan edxaBiz yang telah ditamatkan akan diuruskan oleh Syarikat dan Syarikat berhak untuk menentukan kedudukan semua rangkaian Rakan Perniagaan edxaBiz yang terlibat

(iv) Sekiranya Rakan Perniagaan edxaBiz yang ditamatkan keahliannya, Syarikat berhak menggunakan nama, gambar atau testimoni bagi tujuan pengiklanan, pemasaran atau publisiti dari semasa ke semasa walaupun bukan lagi ahli.

(v) Rakan Perniagaan edxaBiz dilarang menjual produk yang sama atau seakan-akan seperti produk syarikat dalam tempoh 5 tahun dari tarikh Rakan Perniagaan edxaBiz berhenti atau ditamatkan.

8. KLAUSA PENAMATAN
Rakan Perniagaan edxaBiz mesti menyimpan rekod untuk jumlah pendapatan tahunannya serta melaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan membayar cukai sendiri. Apa-apa cukai yang dikenakan oleh mana-mana agensi kerajaan kepada Rakan Perniagaan edxaBiz hendaklah ditanggung oleh sendiri tanpa melibatkan pihak Syarikat.

9. SULIT DAN PERSENDIRIAN
Rakan Perniagaan edxaBiz tidak akan mendedahkan kepada mana- mana pihak ketiga apa-apa butiran mengenai perniagaan Syarikat, termasuk, tanpa batasan apa-apa maklumat mengenai mana-mana maklumat pelanggan Syarikat, pelan perniagaan, atau harga ("Maklumat Sulit"), membuat salinan sebarang Maklumat Sulit atau apa-apa kandungan yang berasaskan konsep-konsep yang terkandung dalam Maklumat Sulit untuk kegunaan peribadi atau untuk pengedaran melainkan jika diminta berbuat demikian oleh Syarikat, atau menggunakan Maklumat Sulit selain dari semata-mata untuk faedah Syarikat. Sebaik sahaja penamatan hubungan antara Syarikat dengan Rakan Perniagaan edxaBiz akan memulangkan kepada Syarikat apa-apa dokumen berkaitan dengan perniagaan Syarikat atau mana-mana rahsia dagangannya yang berada dalam simpanan Rakan Perniagaan edxaBiz. Adalah pada setiap masa, kewajipan Rakan Perniagaan edxaBiz di bawah klausa ini hendaklah terus wujud walaupun selepas penamatan dan/atau pembatalan Perjanjian ini.

10. UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI
Perjanjian ini dan tafsiran istilahnya akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.

11. PENYAMPAIAN NOTIS
(i) Apa-apa notis bertulis yang perlu diserahkan oleh mana-mana pihak kepada pihak yang satu lagi menurut apa-apa peruntukan di dalam Perjanjian ini ataupun sebagai tujuan sebarang permohonan, notis atau tuntutan yang disampaikan hendaklah dihantar ke alamat terakhir yang diketahui pihak yang lagi satu dengan pos berdaftar ataupun ditinggalkan di alamat terakhir tersebut dengan tangan.

(ii) Notis yang dihantar dianggap telah diserahkan atau berkuatkuasa pada masa :
  • - jika dihantar melalui surat pos berdaftar, pada masa bila surat berdaftar itu boleh disampaikan mengikut perjalanan biasa pos ; atau
  • - jika diberi oleh satu pihak kepada pihak yang satu lagi dengan tangan.


(iii) Apa jua pertukaran alamat oleh mana-mana satu pihak hendaklah diberitahu kepada pihak yang satu lagi.

(iv) Alamat penyampaian adalah seperti berikut ;
EDXAPAY SDN BHD. (No. Syarikat (1455673-W)
F2-2, F3-2, BLOK F,
RADIUS BUSINESS PARK,
JALAN RADIUS 1/1C,
CYBER 4, 63000 CYBERJAYA, SELANGOR.

No Telefon : 03-86879841.

12. MASA ADALAH INTIPATI
Masa atau tempoh yang berkenaan dalam segala tindakan, tuntutan bayaran atau mana-mana dan bila-bila disebut adalah menjadi asas di dalam Perjanjian ini. Mana- mana rujukan hari bermaksud hari kalendar kecuali dinyatakan secara khusus.

PERSETUJUAN
(i) Perjanjian ini merangkumi keseluruhan Perjanjian di antara Syarikat dan Rakan Perniagaan edxaBiz dan akan menggantikan semua persefahaman di antara kedua-dua pihak sebelum Perjanjian ini ditandatangani/di persetujui.

(ii) Tiada apa-apa yang terkandung di dalam Perjanjian ini akan ditafsirkan sebagai atau untuk mewujudkan usaha sama atau rakan niaga antara Syarikat dan Rakan Perniagaan edxaBiz.

(iii) Apa- apa pertikaian yang timbul daripada Perjanjian ini, yang tidak boleh diselesaikan secara baik antara kedua belah pihak, pertikaian tersebut hendaklah diselesaikan mengikut undang-undang Malaysia. Dengan ini, saya telah membaca dan jelas akan syarat dan terma yang dinyatakan dan saya bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat tersebut sebagai Rakan Perniagaan edxaBiz, EDXAPAY SDN BHD.